BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 6 October 2012

Thursday, 30 August 2012

KAWAN BAIK


Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal
Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)
Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.
Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)
Moral: Jangan gelakkan orang.

Bengang Giler Beb..~~


Seorang pemuda bercer ita kpd temannya, "Bengang betul aku!"
"Hah? kenapa Man?" tanya temannya.
"Semalem aku berkenalan dengan awek cun di cafe, terus kita orang ke
rumahnya,
dia yg ajak aku, pas tu kitorang sama2 buka baju, Tengah best, tau-tau suami
dia datang.
Terkejut besor aku, terus aku melompat ke jendela bilik sambil berpaut di
bawah
jendela dengan jari aku!"
"Wah, betul ko" sahut temannya.
"Ya, tapi itu belum apa-apa" sahut pemuda itu.

Kemudian suaminya masuk bilik menegur isterinya, dia cakap "Wah..kebetulan
sayang
dah telanjang, sebentar abang kencing dulu". Pas tu tau tak, si suami
hampeh itu kencing terus di jendela, mengena kepala aku"

"Hah!" Temannya geleng2kan kepala.. "Patut la ko bengang gila"
"Ya, tapi bukan itu yang buat aku bengang"

"Selepas tu, aku dengar mereka bermesra-mesraan. Jari aku dah lenguh..
Setelah mereka
selesai, suaminya membuang kondomnya keluar jendela, tau tak jatuh
dimana? Di kepala aku!"

"Wah! Dasyatnya, kalau aku memang aku bengang!" kata temannya
"Sebentar. Aku belum selesai, yang buatkan aku lebih bengang lagi, suaminya
mau buang air. rupa-rupanya toilet rosak. Jadi dia mengcangkung di
pinggir jendela, terus jatuh diatas kepala aku!"

"Wah..wah, p as ti lengkap dah penderitaan ko" sahut temannya.
"Ye...ye...tapi ko tau tak, yang paling buat aku BENGANG... BENGAAANG...
BENGAAAAANG gile? Bila aku tengok ke bawah rupa-rupanya kaki aku jaraknya
cuma 10cm dari tanah.....

Friday, 3 August 2012

fuhhh!! dh lame x jengok blog ni...dh lme x update...smpai naek berlumot kat blakang tuh...cian               btol blog ni....org yg follow bpe org sgt jer...sodih den...T.T wooooo~~hahaha..hohohoh...hihihih...huhuhh

Saturday, 25 February 2012

PERIBAHASA YG HANCO

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI….

Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.



AMERIKA vs JEPUN vs MALAYSIA

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS! 


 

Wednesday, 15 February 2012

PANTUN YG X BOLE DIKETOGORIKAN SBAGAI PANTON......


Pisang emas dibawa berlayar

Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap 


Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka 
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa 
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan 
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting 
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor 
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior. 
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor 
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah 
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian, 
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran 
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil 
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah 
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran. 
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, 
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"





Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak k
erana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..heheh

Friday, 13 January 2012

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2?? 
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu 

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung? 
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha 

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi? 
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit! 

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat? 
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa! 

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? 
Teka.. teka.. kalo terer! 
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!! 

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! 
Jawablah kalau bijak sangat! 
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..! 

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu? 
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam. 

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. 
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY 

Teka-teki: Scorpion kaler apa? 
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab! 

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip??? 
Jawapan: Kerani 

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??? 
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri! 

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? 
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Teka-Teki Giler 
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee


Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!


1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk


2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai


3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais


4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki


5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik


6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol


7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?


8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah


9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?


10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?


Jangan lihat jawapan nya dulu






























ini jawapannya:-


1) Masukkan benang dalam jarum


2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah


3) MILO AIS


4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.


5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam


6) Semut yang matanya BENGKAK


7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat


8) Panjat pokok kelapa


9) Kambing binATANG


10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Teka-Teki Menguji Minda 

Thursday, 12 January 2012

kentut

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula. 
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.
“Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat”, kata wanita itu.
“Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula”, kata doktor.
Selamat Bertemu Dalam Rancangan Ceritaku-Ceritamu…
Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang Afrika Dan Seorang India…
Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. “Adventure La Sikit Brader” Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan.
Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita “Deep Impact” Yang Kuat Sehingga Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala “Titanic”.
Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya Setelah Tersadai.
Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan Demi Bulan Hinggakan Tahun Demi Tahun Sampai Jadi Belas Tahun Mereka Menginap Di Pulau Itu. Hidup Aman Dan Damai Kata Orang, Saling Bekerjasama. Mereka Ni Jadi Tersangatlah Akrabnya.
Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang Dari Mereka Terjumpa Sebuah Bekas (Tak Tau Lah Saya Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan Bekas Ubat Nyamuk). Lalu Dia Pun Memanggil Dua Lagi Kengkawannya.
Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat, Mereka Pun Membuka Bekas Tadi Tu. Amat Terkezutlah Mereka Sebaik Sahaja Terbuka Sahaja Penutup Bekas Tu, Keluarlah Asap Berbunga-Bunga (Tapi Tak Bahaya Kerana Indeks Bacaan Belum Sampai Tahap Bahaya). Setelah Terbatuk-Batuk Beberapa Kali Dan Jerebu Pun Reda, Mereka Terperasan Ada Penambahan Bilangan Dari Segi Penduduk. Wujud Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin Le).
Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu Selamba Je, Terkebil-Kebil. Belum Sempat Mereka Berbuat Apa-Apa Lagi Jin Dah Berkata :
” Thank You, Thank You, Kerana You All Telah Selamatkan I Dari Belenggu Belanga Ni”.
Sambung Lagi Jin Tu : ” Oleh Kerana You All Telah Selamatkan Jiwa Dan Raga I, I Akan Tunaikan Apa Sahaja Permintaan You All, Tetapi Seorang Akan Dapat Satu Sahaja Permintaan Je Tau”.
Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila Mendengar Berita Terkini Hiburan Sensasi Yang Disampaikan Oleh Jin Tu.
Sambung Jin Tu Lagi : “OK Boleh Mulakan Permintaan Kamu Bertiga Sekarang”
“Baiklah” Kata Orang Pertama Iatiu Si Arab.
Dia Sambung ” Wahai Jin, Ana (Ana Tu Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama Tinggal Di Pulau Ini Dan Ana Tidak Dapat Menahan Rindu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman Ana, Boleh Anta Tunaikan”.
Kata Jin Tu “Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak Ke Ucapkan Babai Ke Apa-Apa Ke, Kat Kawan Kau Dua Orang Tu”.
Si Arab Pun Berucap : “Wahai Sahabat Ana Berdua Yang Mulia, Ana Akan Sentiasa Kenangkan Kamu Dimana Jua Ana Berada, Semoga Berjumpa Lagi”.
Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman), Bersedih-Sedihan Maka Tiba-Tiba TUSSS! (Siap Ada Asap Lagi) Tertunailah Permintaan Si Arab.
Tinggal Dua. Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika Membuat Hajatnya (Bukan Qado Hajat).
Ketika Si Afrika Berkata : “Wahai Jin Tolonglah Saya Kembalikan Saya Ke Pangkuan Keluarga Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa Saya Telah Mati, Saya Mahu Pulang, Saya Mahu Pulang”
TUSSS! (Ada Asap Jugak) Tak Sampai Hati Jin Tu Mendengarkannya Lebih Lama Lagi. Dan-Dan Si Afrika Tu Hilang Dari Pandangan, Nak Ucap Selamat Tinggal Kat Kawan Dia Seorang Lagi Tu Pun Tak Sempat.
Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang. Jin Tu Pandang Dia, Dia Pandang Jin Tu.
Jin Tu Kata Kat Dia : “Kamu Tu Tunggu Apa Lagi, Mintalah Apa Yang Kamu Hajati Supaya Aku Boleh Tunaikan Permintaan Kamu Dan Selesaikan Janji Aku Kat Kamu Bertiga. Aku Dah Tak Sabar Nak Enjoy Ni”.
Si India Tu Kata : “Ala Jin Rilek La Jin. Aku Sebenarnya Masih Bersedih Kerana Kehilangan Kekawanku Yang Sangat Sejati”.
Lalu Dia Pun Berkata : “Mr. Jin Sekarang Kau Tunaikanlah Permintaanku Yang Tak Seberapa Ni”.
Berkata Jin :”Katakanlah, Mintalah Nescaya Aku Akan Tunaikan”.
Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan Semangat Berkata Kepada Jin :
“Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku, Oleh Itu Aku Meminta Supaya Engkau Kembalikan Semula Mereka Ke Pangkuan ku. Aku Rindukan Mereka Berdua”.
Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat India tu. TUSSS! (Asap Dia Banyak Sikit Sebab Ada Dua Orang Sekali Jalan) Kembalilah Si Arab Dengan Si Afrika Di Depan Si India Tu.
Si India Tu Tersangat Gumbira. Si Arab Dan Si Afrika Tadi Walaupun Asap Dari Perkembalian Mereka Dah Hilang Tapi Kini Masih Ada Asap Lagi Di Tubuh Mereka Iaitu Asap Dari Api Kemarahan Yang Terpendam.
(Berkumandanglah Lagu Tema : ‘ Selama Ini, Ku Mencari-Cari Teman Yang Sejati, Buat Menemani Perjuangan Suci, Bersyukur Kini, Teman Yang Dicari Selama Ini, Telah Kutemui …. Nyanyi Sendirilah Brader)
Sekian Sahaja Buat Tatapan Anda Semua.
*** Cerita Ini Adalah Dongeng Semata-Mata. Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia. Kalau Ada Pun Secara Tidak Sengaja.